click me!

Monday, 15 December 2014

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 2)

Assalamualaikum,

Let's continue from entry INI.  

Memang pembelanjaan untuk jalan-jalan makan angin di area Alor Setar, Kedah ni sangat lah murah, dari segi fee per entry untuk melawat tempat sampai ke makan minumnya murah la bagi D dari tempat yang lain. Bagi yang datang ke kedah tapi tiada tempat tinggal memang up sikitlah ongkosnya kena bawa. Homestay or hotel budget yang berpatutan pun banyak disekitar Alor Setar ni asalkan kena pandai cari. lagi senang kalau minta sedara or kenalan yang stay di Kedah or pernah ke Kedah yang carikan sebab diorang lagi tahu ye tak. Nak yang dekat sawah ada, dekat dengan bandar pon ada. 

Okay, jom kita sambung...

On the same day selepas round Pekan Rabu kebanggaan Kedah, kami menuju pula ke area yang wajib korang semua lawati kalau ke Bandaraya Alor Setar, iaitu Galeri Sultan Abdul Halim. 

ehsan google
D tak sure boleh masuk ke tak dalam galeri tu. Rasanya boleh kott tapi mungkin masa kitorang pergi tu, galeri tu tak buka. So kitorang just ambil gambar di sekitar galeri tu sahaja. Kalau dapat masuk haritu mesti best. Sebab D ada google juga pasal galeri ni, macam-macam benda ada dalam tu. Even tak masuk pun, banyak gila gamabr kitorang snap dekat depan tu hahaha..

Buat pengetahuan korang galeri ini asalnya Mahkamah Tinggi Alor Setar dan pada tahun 2007 telah diubahsuai dijadikan sebagai galeri. kalau korang nak tahu pasal keperibadian, serta hobi Sultan Abdul Halim dan Kesultanan Kedah, datang lah ke galeri ini. 

Berjalan beberapa meter dari galeri tu, kitorang lalu depan Balai Nobat dan Balai Besar Alor Setar. 

Balai Nobat, ehsan google

ehsan google lagi: Balai Besar
Kitorang tengok dari luar saja and ukiran seni bangunan ni sangat cantik. Daripada sumber yang dibaca, Balai Besar dikenali sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Balai ini merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang balai ini sahaja. Cantikkan? kalau nak tahu lebih lanjut, kunjunglah kesini bila datang ke Alor Setar. boleh tengok real lagi. hiiihi.. 

Jalan beberapa langkah lagi, tibalah kami di Muzium DiRaja Alor Setar. Pada asalnya muzium ini merupakan bangunan istana yang dikenali sebagai Istana Kota Setar. Haa... kat sini best sebab boleh masuk and tak payah bayar pun masuk melawat. Syok kan. kalau datang ramai-ramai pon tak jejas duit sebab memang tak payah bayar pun. camera pon dibenarkan masuk. kitorang apa lagi.. memang suka la. Lama lah juga kitorang lepak dalam tu. Banyak benda kitorang tengok and belajar at the same time. tambah pula dua orang dari kitorang adalah pelajar jurusan history.memang kenalah dengan diorang. hihi.

ehsan google lagi.. ini view dari luar

ehsan google lagi.. ini bahagian dalamnye. besar n cantik 
Lepas beberapa lama disitu, oleh kekangan masa yang mencumburui..ceceh,,kami pun beredar keluar dan di area situ juga. dapat dilihat Balai Seni Negeri Kedah. yang ni kami cuma tengok saja dari jauh sebab penat nak jalan kaki pergi dekat sebab panas. hahaha.. Seberang jalan pula terletaknya Masjid Zahir.

Masjid Zahir. 
Masjid Zahir ni merupakan salah satu masjid yang tertua dan cantik di Malaysia. gambar atas ni bukan ehsan google ye hahaha.. tersenget sikit sebab amik gambar dalam kereta. kalau korang perasan la kan, banyak gambar dalam entry kali ni ehsan google je. hahah tula.. D lupa nak bawa kamera aritu. so banyak snap pakai diorang punya camera. last-last lupa nak minta soft copy.. sobss.. 

Haa.. di kawasan ni saja ada banyak tempat menarik yang kita boleh melawat. Naseb baik jugak sebab tempat ni dekat dengan rumah D, so dah biasa jalan tu, senang nak bawa diorang berjalan. Sebelum ke tempat yang seterusnya, kitorang sempat snap gambar berlatarbelakangkan semua balai-balai dekat situ, muzium and Masjid Zahir dari seberang. Tempat ni kalau musim cuti memamng ramai yang datang macam Pekan Rabu tu. Musim kahwin pula, rami photographer bawa shoot kat area sini sebab scene dia lawa.. hihi...Kalau malam siap dengan lampu lagi.. Cantik =)

Next tempat... D sambung nanti ye. penat nak sambung taip.. hahaha nantikan.. terus baca blog ni ok. 

D


No comments:

Post a Comment