Assalamualaikum,
Yabedabeduu....
Ini kira cerita throwback lah.. hihi baru nak update... lama tak lama, D nak share jugak dengan readers. Once again... Yabedabeduuuu..........
I am suka gila bila sahabat yang paling D rapat nak datang lagi jalan-jalan tempat kelahiran D yang tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Korang pernah datang kedah tak? mesti pernahkan. Ini second time my buddies datang bertidur di rumah. Korang boleh baca entry first time diorang datang yang di tulis oleh Q dekat SINI dan sambungannya di SINI.
Masa first time tu diorang datang time my older brother menikah and kenduri sebelah perempuan. Thank you sangat kat diorang sudi ikut D balik Kedah naik train and fyi, diorang datang 3days 2nights. 1st day D busy tolong sediakan hantaran, malam tu nikah. esoknya 2nd day pula kenduri sebelah perempuan. then tuptup esoknyer pula kitorang dah nak balik U dah.
Walaweyyy...sorry buddies I is tak sempat nak bawak korang pergi jalan-jalan area kedah dan hanya sempat bawa diorang pergi Muzium Padi saja tu pon last day dah pagi and tu pun terkejar masa unutk naik bus tengah hari tu kul 12.30pm rushing gila la jugak hahaha.
So this time, kebetulan one of our geng at U getting married so D amik peluang tu untuk tebus balik la nak bawa diorang jalan-jalan. Tapi bila fikir, nak bawa diorang pergi mana je eh..hahaha. apa lagi, dengan menggunakan segala carian internet yang ada dihujung jari.. dapat juga ilham nak bawa diorang kemana. padahal semua tempat tu dah tahu ada dalam Alor Setar Kedah ni, dekat pulak tu.hihii
The story begin...ececehh punya dah dua paragraph baru nak begin katanya.
Sama dengan last trip, diorang decided to stay for 3days 2 nights.. alahai kejapnyee.. tapi kali ni diorang datang berasingan dimana Q datang dengan kawan sekelasnya yang juga kawan kepada, Ain (pengantin perempuan yang nak kahwin tu) datang by train from KL. semangat ye korang datang naik train hahaha... rindu pula nak naik train dengan korangg...Trex pula datang by bus. Disebabkan train macam biasa lambat dekat 10jam, maka Trex lah smpai dulu dari Kelate.
1st day....
Diorang semua sampai pagi tu dan berehat-rehat saja pagi tu.kepenatan mengembara katanya haha.. kesian.. So bila dah tengah hari sikit lepas zuhur, perut dah terisi, kitorang pun decide nak keluar jalan-jalan. penat naik transport hilang, jom kita pergi cari penat yang lain pulak kikiki.. tapi dalam otak, D terpikir jugak...nak kemana dulu ye hahaha... krik krik..
So Sebagai mukadimahnya D bawak diorang ke tempat yang paling dekat dengan rumah D iaitu Pekan Rabu. Kitorang just jalan jalan saja tengok barang-barang yang dijual dan barang-barang yang dijual di situ merangkumi pakaian, makanan tempatan, aksesori dan cenderamata. Dibahagian bawah ada gerai-gerai makan. so kalau lapar or tekak rasa kering masa pusing pekan rabu tu, boleh la pekena air secawan dua, mihun sup ke apa ke kan. heee
![]() |
| credit to google.. |
Kebanyakkan yang datang ke Pekan rabu ni orang luar yang datang bercuti makan angin di Kedah dan jugak penduduk setempat sendiri. Ikut musim jugak, kalau time cuti memang ramai yang datang Pekan Rabu ni.
Haa... D stop dekat sini dulu kejap ok,Nantikan next entry.. nanti D sambung kemana D bawa diorang jalan-jalan disekitar Alor Setar dengan pembelanjaan yang sangat bajet, haaa. tak caya ke? percayalah...!! nanti kan okay!!
D

No comments:
Post a Comment