click me!

Tuesday, 16 December 2014

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 3)

Assalamualaikum,

Ohoiii....kemainkan tau. Baru satu hari punya cerita dah masuk 3 entry D taip.. over sangat. hahah lantak la. D nak cerita jugak. Bila duduk saja kat rumah tak ada kerja nak buat baru teringat ada baiknya D kongsikan experience or story dekat blog.. selalu buka youtube saja kan. ni ha, bila mood menaip datang, mohon bukan hangat-hangat tahi ayam. hahaha..

Ingat lagi entry INI dan INI? Jom kita sambung..

Selepas syok bergambar sekitar balai-balai tu...kita beralih pula ke destinasi yang berikutnya. Kali ini D bawa diorang ke tempat yang jauh sikit dekat Kuala Kedah nu...jauh la sikit dari Bandaraya Alor Setar ni. Drive lebih kurang 20 minit macam tu, kitorang pun sampai.

Kemana kita sampai?

Kesini.... Kota Kuala Kedah

Kitorang sampai je Kota Kuala Kedah terus semua dahaga air so beli lah air sorang satu dahaga punya pasal.  Nasib baik dekat situ ada gerai-gerai, siap ada orang tengah karaoke lagi. almaklumlah petang-petang dekat dengan laut pula tu.Lepas dapat je air, terus kitorang pergi tepi laut dulu. D memang suka laut pantang nampak laut, mesti macam jakun hahaha. ada jugak la berangan nak juga rumah sebijik tepi laut. sebab macam best je kan hihihi..haa sudah berangan-angan.

Kota ini merupakan benteng pertahanan negeri Kedah yang dibina pada tahun1771 dibina semasa zaman perintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap pembinaannya pada tahu 1780. Pada 1909, Kedah berada dibawah penguasaan British. Oleh demikian, beberapa bangunan dibina sebagai pejabat kerajaan British. Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, Kota ini dijadikan markas bagi Jepun sehinggalah Jepun kalah kepada British. Pada 31 Ogos 1978, Jabatan Muzium dan Antikuiti  telah mewartakan kota ni sebagai Tapak Tanah Bersejarah.

Lepas puas tengok laut kitorang pergi masuk Muzium Kota Kuala Kedah pula.

qdsukasuki.blogspot.com
Muzium Kota Kuala Kedah
Inilah dia view dari luar muzium ni. Time kitorang masuk ni ramai pula orang. Kasut kena letak dekat luar macam masuk rumah. Banyak pengetahuan sejarah yang boleh kita dapat semasa melawat tempat ni and sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak time cuti or pelajar buat educational visit. Muzium ni juga tak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. =)

qdsukasuki.blogspot.com


qdsukasuki.blogspot.com


Petang tu ramai la juga orang datang memancing tepi laut. Ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan kawan-kawan, ada yang berdating (hamboii), haa kadang-kadang ada juga yang datang photoshoot wedding kat sekitar Kota Kuala Kedah tu. romantik gituu.. auww kitorang pon sempat snap beberapa keping gambar di situ. 

Sebelum matahari berganti bulan, kitorang singgah sekejap di Marina Bay yang di mana sangat dekat saja dengan Kota Kuala Kedah. Area situ jugak tempat dia. Kitorang just lepak sekejap ambil gambar beberapa keping and terus pecut balik rumah.


qdsukasuki.blogspot.com
cantikkan? 

qdsukasuki.blogspot.com
Mentari melabuhkan tirainya menunggu bulan tiba
Malam tu semua penat tertidur kepenatan and esoknya kena bangun awal untuk bersiap ke kenduri Ain di Sungai Petani. Untuk next entry D janji, D ceritakan sekali gus hari kedua and last day apa diorang buat and melawat di Kedah ni okay. hahahaha. stay tune!!!

D

No comments:

Post a Comment