Assalamualaikum
Wah tajuk di atas sangat bombastik kan. ye, kali ini ingin aku kongsikan dengan semua pembaca blog ni tentang persepsi ataupun in englishnya perception. siapa yang selalu guna persepsi ni? tak lain dan tak bukan diri kita sendiri. bagus sebenarnya kerana kita mampu berfikir dengan lebih matang. persepsi yang bagus sebenarnya mampu membuatkan hidup kita lebih aman tenteram serta harmoni. Tetapi yang sangat tidak bagusnya apabila mengunakan persepsi sehingga menyebabkan orang lain kurang selesa ya, it is called bad perception.
Apa maksudnya? haa... mungkin ada yang belum faham lagi apa yang aku nak sampaikan. sebenarnya ia begini, sila lihat contoh dibawah okay:
scene 1: "tengok tu budak gemuk tu, ada hati nak masuk maraton lagi, larat ke dia..haha...."
amboii, siapa kau nak judge orang?kemain eh. haa.. yang penting kau mampu ke nak buat apa yang dia buat? kalau engkau yang bercakap pun sekadar tukang sorak je, baik kau diam dari menyakitkan hati sesiapa. Manusia sekarang sangat melampau berkata-kata sehingga mengguris perasaan orang pun dah tak perasan. Memang betol memilki badan yang besar ada kelemahannya, tapi adakah begitu caranya nak menegur? cuba fikirkan.
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam english punya words pun ada cakap "nobody is perfect" setakat mana kita menggariskan tahap perfect tu? siapa yang meletakkan yang cantik adalah begini-begini dan begitu? itu semua adalah subjektif.
scene 2: "eh, takot la dengan orang sebelah ni, serabai dan seram je tengok, macam orang tak betul je"
ini mesti semua pernah buat kan. memang lah, aku bukan nak tudung jari kepada sesiapa and aku sendiri pun pernah berfikir macam tu tapi sekadar berjaga-jaga lah. mana taknya takot la apa-apa terjadikan. tetapi, adakah kita tahu apa perasaan mereka sekiranya terdengar kita cakap macam tu? adakah kita tahu sejarah silam hidupnya sehingga kelihatan begitu, mesti ada sebab bukan?
Bukan apa, kadang-kadang aku terfikir adakah pakaian yang cantik melambangkan sikap yang baik manakala pakaian yang buruk menujukkan sikap yang buruk? bukankan sekarang ni macam-macam perangai manusia? jangan terkejut jikalau ternampak lelaki yang berkot bertali leher masuk surat khabar kerana mencuri duit pengemis dijalanan. haa..
Semua dah faham ke? sila digest and faham betul-betul ye.. hee so buang persepsi-persepsi buruk macam ni. Ingat, tidak semua apa yang kita fikir itu betul adalah betul dan tak semua apa yang kita fikir salah itu adalah salah.
Okay, bye
D
No comments:
Post a Comment