click me!

Wednesday, 14 January 2015

Nuffnang: First Cost Per Click (CPC) Campaigns

Assalamualaikum

Setelah setahun lebih buat blog akhirnya ada juga rezeki yang Allah nak bagi thru nuffnang. Thank you nuffnang.. Sebenarnya i sangat excited bila first time tengok ada campaign masuk. Mana taknya selalu baca blogger lain je murah rezeki diorang.. sekali terkebil-kebil jugak la masa dapat campaign ni.  yehaaa... maklumlah first time. hahaha

qdsukasuki.blogspot.com


Actually i pon baru perasan je campaign tu ada sebab jarang log in dekat laman web nuffnang. Sekali tahun baru ni hati ini terdetik gitu untuk update survey bio dalam tu sebab kononnya kalau boleh nak active kan balik tulis blog. 

Haaa... bila dah cenggitu memanglah lagi semangat berkobar-kobar untuk berblog hehe. Korang ada tips tak untuk menaikkan earning nuffnang? sharing is caring kan. hee sekarang i tengah merajinkan diri baca tips berblogging. I budak baru belajar maaa... 

Itujelah nak share dengan uolls hari ni. hihii excited sangat ni tau. Arap lepas ni dapat la lagi banyak campaigns dari nuffnang. Ye nuffnang hehe...

Okay bye!


D




Tuesday, 13 January 2015

Oat Cleanser / Scrub / Masker

Assalamualaikum

jeng jeng jeng.. arini i nak kongsikan dengan korang semua tentang satu tips penjagaan muka yang sangat mudah, berkhasiat dan menjimatkan wang. Kadang-kadang tengok kulit muka sendiri rasa berminyak, kusam atau tak sihat kan? dah banyak produk try? haa..apa kata kali ni korang cuba alternatif lain untuk mendapatkan kulit yang sihat iaitu dengan menggunakan OAT.

Eh bukan oat untuk makan ke? haaa jangan tak tahu ye korang.. i pon baru tahu yang oat sebenarnya selain untuk dijadikan santapan, ia juga boleh digunakan untuk letak tempek dekat muka korang hhihi..i pon sedang berjinak jinak mnjadikan oat ni sebagai pencuci muka or scrub.

Cara DIY oat sebagai cleanser/masker/scrub

-Ambil secamca oat letakkan kedalam bekas
-Masukkan sedikit air
-Gaulkan air dengan oat tersebut sampai sebati
-Boleh la tempekkan dekat muka korang tu..

Cleanser = korang bagi cair sikit je tau
Masker/scrub = korang bagi pekat sikit

qdsukasuki.blogspot.com
ni pekat sikit D buat masker


Penggunaan sebagai cleanser, korang usapkan dekat muka sampai oat tu kering then bila dah kering bilaslah muka korang tu sampai bersih. 

Kalau untuk masker/scrub korang gosok-gosok sikit and sama juga tunggu sampai kering tapi lama sikit selalunya pakai dalam 15 minit hingga 20 minit camtu then bilas. Ada yang pakai sampai 30 minit. tapi jangan pakai lelama sangat berjam-jam kang jadi tak bagus pula. 

Seperti yang kita sedia maklum, oat mempunyai banyak kebaikan dari segi pemakanan kan. Berdasarkan pembacaan i, oat ni bagus untuk kulit kita sebabnya:

*Mampu mengatasi radang merah, iritasi, kulit kering
*Mengandungi antioksidan yang membuat kulit lebih kuat dan melawan radikal bebas
*Menghalus memuluskan kulit wajah
*Mencerahkan kulit
*Melembabkan kulit


Haa.. disebabkan diataslah i rasa bersemangat je nak try guna oat dekat muka and alhamdulillah, sepanjang tak sampai seminggu mencuba pakai oat sebagai cleanser merangkap masker/scrub ni... muka i tidak menghadapi sebarang masalah dan berharap tiada masalah langsunglah kan. Muka pun rasa fresh je lepas basuh. 

Tindak balas untuk setiap individu mungkin berlainan, namun kalau tak cuba macam mana nak tahu kan hasil dia? hiii

Okay itu je nak share dengan korang hari ni. cuba lah  =D

D







Saturday, 10 January 2015

sukasuki masak: Popia Roll Special

Assalamualaikum

Arini i nak kongsikan satu resepi yang mudah dan simple nak buat iaitu Popia Roll Special. heheh dekat mana yang specialnya? dekat namanya lah. =D korang mesti boringkan pikir nak jamu apa dekat family bila time minum petang or breakfast macam iolls jugak. selalu cekodok, tak pon beli kat gerai je senang.. tapi apa kata jom kita buat sendiri kuih muih ni. nak beli banyak-banyak pon mahal jugak, buat sendiri lagi puas hati. ye tak?

qdsukasuki.blogspot.com

haa  tak terliur ke tengoknyee?? hahah makan dengan sos cili baru sedap, nyummmehh...

Okay, bahan-bahan ni untuk 50 biji tau. 

-Kulit popia (sepaket :50 keping)
-Crabstick (25 keping: 1 keping potong dua memanjang dapat lah 50 keping crabstick)
-1/2 paket sayur campur (lebih kurang 1 1/2 cawan)
-2 batang carrot saiz sederhana (sagatkan)
-1 biji sengkuang saiz sederhana (sagatkan)
-1 ulas bawang besar
-Minyak masak 
-Garam
-Gula
-Sedikit black papper
-sedikit air untuk gam kulit popia
-bawang goreng

Cara masakkan inti:

-tumiskan bawang besar sebentar
-masukkan sayur campur, sengkuang dan carrot
-masukkan sedikit balckpaper bagi ada rasa pedas sikit serta gula dan garam secukup rasa ya
-masak bagi sebati dan layu.
-dah masak, matikan api haaa dah siap inti sayur kita

Cara menggulung popia special kita tu:

1) hamparkan kulit popia anda
2) letakkan sayur dibahagian bucu kulit popia,
3) letakkan 1hirisan crabstick di atas sayur tadi
4) taburkan bawang goreng sedikit 
5) sedia untuk gulung dengan canti popia korang tu
6)dihujung sekali letakkan sedikit air bagi gamkan kulit popia agar cantik dan kemas popia kita tu.
7) siap dah. boleh la goreng dan hidangkan.

kalau buat banyak-banyak macam ni boleh la simpan sedikit yang selebihnya tu dalam peti ais buat frozen. kang uolls lapar lagi, amik dari peti ais, terus boleh goreng. simple kan? kang ada sedara datang ke senang boleh kuarkan je dari peti. jimat masa korang nak buat itu ini kat dapur tu.

uolls cuba lah. jangan lupa dah goreng cicah dengan sos, bagi kasi lagi umphh...stok popia dah nak abis, nanti kalau rajin nak pergi beli bahan-bahan nak buat lagi untuk family tercinta. mak boleh rehat sebab anak mak tengah rajin nak buat kuih muih mihmihmihh

Selamat mencuba okay!! 

D

Thursday, 8 January 2015

Modern Farmer

Assalamualaikum

Pelik kanapa tiba-tiba modern farmers lak ni? Hihi cuba korang teka.. Sejak dua menjak ni memandangkan belum dapat kerja and study pon dah abes, tangan i sangat rajin mencari drama Korea di laman internet untuk didownloadkan. scrol down scrol up akhirnya adik iolls suggest kan untuk download drama ni sebab ada lee hongki ft island tu haha..Taksangka drama ni sangat best and santai ditonton. Tak rugi iolls download penuhkan angka gigabite dalam lappy iolls huhu.

Untuk peminat drama Korea mesti korang tahu drama yang sangat gila and lawak ni. Ye, tajuk entry kali ini adalah tajuk salah satu tajuk drama Korea. I is suka sangat drama ni sebab tahap lawak dia boleh buat korang gelak mengilai kuat-kuat tengah malam.. Err seram pulak rasa. Tapi yang mengilai tu adik iolls, bukan iolls hihi

qdsukasuki.blogspot.com
Ni barisan pelakon utama dia (tq google)

Haa itu dia mereka-mereka, peneraju utama drama Modern Farmer. Ada ramai lagi pelakon pembantu yang sangat awesome dalam drama ni yang akan buat korang tak kering gusi menonton.

Antara pelakonnya adalah:

Lee Hong Ki (ft island) sebagai Lee Min Ki
Park Min Woo sebagai Kang Hyeok
Kwak Dong Yun sebagai Han Ki Joon
Lee Si Un sebagai Yoo Han Cheol
Lee Ha Nui sebagai Kang Yoon Hee

Sinopsis:

Mereka berempat merupakan kumpulan band rock Excellent Soul pada masa dahulu dan berpisah ikut haluan masing-masing selepas satu insiden. Tidak lama selepas itu mereka bertemu kembali dan Lee Min Ki mengajak ahli band yang lain untuk bekerja sebagai petani mengusahakan tanaman kobis di kawasan perkampungan. Hasil dari pertanian itu mereka rancang untuk mengejar kembali cita-cita mereka dalam bidang muzik. Pelbagai kisah kelakar, cinta, nilai persahabatan terjadi sepanjang perjalanan cerita ini especially semasa mereka berada di kampung.

qdsukasuki.blogspot.com
(credit encik google)

Kalau korang nak tahu lagi lanjut, kena lah tonton cerita ini sampai abes. iolls baru abes downloadkan 20 episodes drama Modern Farmer ni yahooo.. haha kalau korang ada cerita yang best-best sila suggestkan dekat iolls okay. okay lah, i nak sambung tengok drama ni dulu..

Bye uolls!

D








suka-suki masak: Spaghetti Mudah Sedap

Assalamualaikum

Tak sangka kan cepat je masa berlalu, ni kita dah masuk tahun 2015 dan makin meningkat tua jugak la kita. Tapi hati tetap maintain muda gitu hii... By the way, happy new year ye korang.. semoga apa yang korang azamkan untuk tahun ini akan tercapai.. Aminn... apa azam tahun ni? banyak sangat azam tahun ni sebab campur sekali azam tahun lepas-lepas yang tertunggak hehee..

Okay sempena first enrty untuk tahun 2015 ni, D nak kongsikan resepi  spaghetti yang mudah disediakan, sedap di makan dan tentunya terpikat dihati. hihihi... Ingat lagi dulu masa time belajar dekat U, kami masak senyap-senyap curik-curik nak memasak. dan salah satunya benda mudah nak buat time study dulu adalah spaghetti ni. tapi tu pun jarang jugak masak sebab kekangan masa.. cewahh kekangan masak konon hahhaha

qdsukasuki.blogspot.com
Spaghetti Mudah Sedap
Okay ini bahan-bahan dia;
- 4 ulas bawang putih (cincangkan)
- Setengah batang carrot (potong dadu kecil-kecil)
- 2 keping daging burger (i guna daging burger jenama Ramly)
- 1/2 sos spaghetti (i guna sos prego)
- Sedikit sos cili
- Sedikit sos tomato
- Air masak yang secukupnya
- Garam gula sukup rasa
- 1/2 paket spaghetti

Cara membuatnya:

-First and foremost, haruslah kita jerang kan air dahulu didalam periuk, apabila dah menggelegak air tu, masukkan garam dan sedikit minyak serta 1/2 spaghetti. biarkan ia masak. setelah masak, tus kan. Okay sambil tu, kita gorengkan daging burger separuh masak dan hancurkan ia.

-Secondly, tibalah masa untuk membuat kuah spaghetti yang sedap tu. mihmihmih.. 

-Sediakan periuk dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit garing

-Masukkan carrot dan juga daging burger hancur tadi kedalam periuk dan kacau bagi rata

-Masukkan sos spaghetti sampai didih dan masukkan air masak sedikit sedikit sehingga dapat kepekatan kuah yang anda suka.

-Masukkan sedikit sos tomato dan sos cili

-Masukkan juga gula dan garam secukup sesedap rasa anda. 

-Rasa kuah tu dan kalau dah sedap tu, sedia dihidangkan heee. 

qdsukasuki.blogspot.com

qdsukasuki.blogspot.com

qdsukasuki.blogspot.com


Mudah sangat kan? ini kalau orang bujang memang sesuai la masak sebab bahan-bahan pun senang nak dapat, jimat masa lagi dan yang penting kena rajin je hehe.. kalau malas masakan tu mudah mana pun, tak berasap jugak dapurnye haha.. 

Okay, selamat mencuba! 

D