click me!

Friday, 19 December 2014

Love is in Your Heart

Assalamualaikum,

LOve LOve LOve... 

Such beautiful word that touch our feeling which we can't buy using money or system barter. I don't think I should explain the meaning for uolss very clearly right since all of you already know and feel it. Its awesome isn't? 

Love doesn't mean for person that we care only. rather, love beyond our expectation. We cant control our self to love anybody, anyone or anything. Only the person know the feeling. And at the same time, teach yourself that don't expect people that you love, will love you like you do, as long as you know you are sincere to love that person. People is different isn't? 

This entry look formal right? hahah with so many grammatical error.. arghh.. dont care! is my entry anyway. 

Love that I want to share is about love for our Creator. 

Yes, He is the one that will always love you now matter what you are, what you do or where you are.. AllahuAkbar.. We breath right now is because He want to. Because of Him.

Because of Him, we have lovely family who will always pray for us in thier du'a even after we die someday, awesome friends who will lend their hand and ear for us, beyond imaginary love from our pets, and other people around us.

Who do you think give the feeling that you feel right now?Yeah. He,our Creator. 

SubhanAllah...

Put Him highest in your heart...than ready to receive much love from Him and others. Yes, He can give you more than you can imagine.He always remember us, He always watching us.  Sometime people said, there is nobody for her/him. Believe me, He is always there for you. Try to enter your heart and switch on the light in your heart, you can see Him.

Love the Creator of love

ehsan google
LOve LOve LOve

D




Wednesday, 17 December 2014

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 4-last)

Assalamualaikum,

We continue from INIINI dan INI ye kengkawan semua. siapa belum baca, pergi baca yang tu dulu hihii.. kita masuk second day and last day diorang kat Kedah ye.

Second day...
Kitorang semua bersiap pergi kenduri rumah Ain di Sungai Petani. Kitorang pergi dengan family D sebab D tak tahu jalan nak ke rumah Ain and agak jauh jugak dari Alor Setar ni.Pengantin lawa dan majlis dia meriah dengan tetamu yang datang. Lepas kenduri terus balik Alor Setar, tak singgah mana-mana pon sebab takut tak sempat nak berjalan dekat Alor Setar petang tu, esoknya diorang dah nak balik tengah hari.Ingatkan kalau kitorang sempat nak juga singgah Tanjung Dawai alang-alang dekat sangat dah dengan rumah Ain. Tapi tak apalah.

Kitorang sampai Alor Setar awal.. makanya kami terus bersiap tukar baju untuk keluar lepas berehat sekejap dirumah. Semangat kan nak jalan? haaa haruslah. Bukan selalu diorang datang Alor Setar Kedah ni. alang-alang tu biar penat, penat yang berbaloii.. ye tak hee

Petang tu D bawa diorang pergi sini...

Menara Alor Setar (ehsan google)
Kemain seronok kitorang dapat naik menara ni. Bukan selalu naik kan.. untuk pengetahuan korang, Menara Alor Setar ini antara salah satu menara telekomunikasi yang tertinggi di Malaysia dan juga di dunia dengan ketinggian 165.5 meter. tempat kitorang berdiri di observation deck adalah setinggi 88 meter. Haa.. dalam banyak-banyak tempat yang kitorang pergi melawat, naik menara ni yang paling mahal. terdapat juga restaurant berputar atas tu.
Fees naik Menara Alor Setar (gambar ehsan google)
Hari pun makin petang, D bawa diorang pergi lepak di Taman Jubli Emas merupakan kawasan rekreasi yang terletak di Jalan Suka Menanti. Ada Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan 50 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim. Kolam ikan juga ada di tengah-tengah taman. Ramai orang datang pada waktu petang sebab macam-macam aktiviti belia ada dijalankan disini.

Sebelum maghrib, kitorang singgah makan di Restauran Kuey Teow Iman yang terletak di Jalan Sultanah. Memang sedap lah pekena kuey teow goreng dekat situ. Nanti korang datang Kedah, cuba la makan sini. Lepas tu terus shoot balik rumah kekenyangan and berehat. 

Third day.. last day diorang di Kedah.

Pagi tu, kitorang bersiap awal sebab bus Trex untuk balik Kelantan kalau tak silap pukul 10pagi. Manakala Bus Q dan kawan dia pukul 12.30tengah hari. tengok jam sempat lagi nak bawa diorang berdua ni ke Muzium Negeri Kedah. apa lagi, lepas hantar Trex naik bus, Terus kitorang ke muzium. Trex, lain kali Trex datang okay? D bawa Trex pergi muzium heee...

Muzium Alor Setar (ehsan google)
Tak ramai orang, macam tak ada orang langsung yang datang melawat time kitorang pergi tu.. maybe sebab awal sangat muzium pun baru buka pukul 10 tu rasanya. hahaha.. lama kelamaan nampak la pelawat lain datang. 

Macam-macam benda dipamerkan didalam tu antaranya adat budaya yang ada di negeri Kedah, senjata lama, artifak, naskah-naskah lama.. macam-macam lah. ada juga petro sains di bahagian bawah dan kita boleh cuba game yang ada di situ.  korang kena datang sini kalau ke Kedah tau. Masuk pun percuma. Dalam sejam camtu jugak la kitorang di muzium tu. 

Lepas tu D bawa diorang pergi makan bihun sup dekat area City Plaza sorang semangkuk untuk alas perut diorang naik bus nanti. Dekat pukul 12tengah hari, baru kitorang bergerak ke stesen bus. Nasib baik dekat je nak pergi mana-mana melawat dalam Alor Setar ni. Dekat pukul 12.30pm, bus diorang pon datang dan tidak lama lepas tu bus pon bertolak menuju ke Kuala Lumpur. 

Thank you korang.. datang lagi melawat negeri jelapang padi ni okay. hehe

Rata-rata semua muzium tak dikenakan bayaran di Kedah ni kalau nak masuk. Kalau Muzium Padi kena bayar, tapi tak mahal pun cuma RM3 untuk dewasa. Menara pula RM8. Yang lain semua tak payah bayar sebab free.. seronok tau berjalan di Kedah ni. korang kena fikir penginapan, makan minum dan duit minyak je kalau datang sendiri.  haaa... kalau nak lagi jimat tidur dalam kereta je. hahah. Makan minum kat Kedah ni murah sajo tau. 

Sampai disini saja untuk segmen sukasuki travel kali ini. seronok jadi special tour guide untuk sahabat-sahabat D ni.  Apa lagi, cuti sekolah pun belum habis, MAI KEDAH MAI!!!!


D


Tuesday, 16 December 2014

sukasuki masak: Juice Carrot Susu

Assalamualaikum,

Hi semua.. ini resepi kedua ye untuk hari ni. kita nak buat Juice Carrot Susu. 

Ini semalam la ni kitorang buat lepas pergi giant dekat dengan rumah D. Kitorang pegi Giant semata-mata nak beli carrot saja. Masa nak bayar pelik la juga banyak pula ye barang nak kena bayar hahaha.. 90% barang yang kitorang beli adalah bahan makanan. memang pantang pergi Giant tak beli jajan and bahan nak memasak. 

Adik D punya idea la ni, Aicha. Mata dia makin rabun katanya and direcommend supaya pakai speck mata. tapi belum lagi buat, so dia cadang nak minum jus carrot mulai sekarang sebab seperti yang kita sedia maklum, carrot ni baik untuk mencerahkan mata. 

Bahan-bahan untuk sejug jus ye: 
-5 Carrot (lagi banyak lagi rasa carrot dia, lagi best)
-Setengah cawan susu segar (tak letak pun xpe. kalau banyak sangat nanti bau susu yang lebih)
-Susu pekat 
-Air dan ais batu

Cara membuatnya adalah:
-Blendkan carrot sampai hancus. ambil jus dan buangkan hampasnya
-Masukkan jus kedalam jug
-Selepas itu masukkan susu segar setengah cawan
-Masukkan susu pekat sikit-sikit, rasa and ulang sampai dapat rasa and manis yang anda suka
-Masukkan air masak segelas serta ais batu
-Sedia dihidangkan

qdsukasuki.blogspot.com

Nak buat jus carrot pun nak kongsi kan? hahaha biar la... mana tahu ada yang tak tahu hihihi...

D


sukasuki masak: Pizza Homemade Mashup Delicious and Simple

Assalamualaikum,

Panjang bebenornye nama resepi pon. haha.. bantai je letak nama tu bagi nampak betl-betul sedap. haa serius sedap kot. Kali ni kita beralih kejap kepada masak memasak. Lama D tak update resepi ye dekat blog. Hari ni diri ni rasa rajin nak buat breakfast pizza untuk family, nasib baik Aicha, adik D rajin nak tolong juga.. mudah kerja I and baru syok buat sama-sama.hihii..

Nasib baik diorang suka and cakap sedap (kembang kejap muahahaha) dan yang penting sangat mengeyangkan serta mudah nak buat. Budak-budak pon boleh buat tau tapi kena pengawasan orang dewasalah. Bagi puan-puan, cik-cik, encik-encik mahu pun abang-abang pon yang boring taktahu nak masak breakfast apa, jom try buat pizza ni. ajak anak-anak tolong sekali baru best.yang bujang tu, paksa adik beradik korang and sesapa yang dalam rumah tu tolong. kihkih nanti diorang juga nak makan kan. haha.

Okay dah. resepi mana resepi?

ni dia...
qdsukasuki.blogspot.com

Sukatan bahan berdasarkan sepuluh keping roti gardenia yang D buat ye. Bahan-bahannya adalah: 
-10 keping roti gardenia 
-Sekeping daging burger (goreng tanpa minyak atas pan,angkat dan hancur kan)
-2 batang sosej (potong bulat-bulat, goreng dan angkat)
-4 batang filet ketam (goreng,angkat dan potong bulat ye)
-Sos secukupnya, korang ejas la bagi rasa sedap tekak korang ye. 
(ini untuk sos: campurkan 1 sudu besar sos prego, 1 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar sos cili)
- 4 keping cheesedale or keju (hiris cheesedale tu nipis or lebar, tak hiris pon tak pa)
-Mayonis 

qdsukasuki.blogspot.com

Cara membuat pula.. 
-Panaskan oven 150 darjah celcius
-Susun roti 
-Calitkan sos semahu anda
-Taburkan daging hancur 
-Susun sosej dan filet ketam ikut bentuk yang anda suka
- Letak kepingan hirisan cheesedale macam dalam gambar di atas ni. tak pon korang tabur ikut suka korang
-Letak mayonis sebanyak yang anda suka
-Masukkan ke dalam oven dalam 10-15 minit or sampai cheesedale tu dah cair
-Angkat, hidang serta boleh la makan hihii..

qdsukasuki.blogspot.com

Haa.. inilah rupanya apabila sudah siap... Mudahkan? Nampak sedap kan??  nyummehhh okay.... breakfast boleh, dinner boleh, sebagai bekal masa nak jalan-jalan makan angin pon boleh... hihi...kalau makan panaspanas lagi sedap uollss. selamat mencuba okay.

D

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 3)

Assalamualaikum,

Ohoiii....kemainkan tau. Baru satu hari punya cerita dah masuk 3 entry D taip.. over sangat. hahah lantak la. D nak cerita jugak. Bila duduk saja kat rumah tak ada kerja nak buat baru teringat ada baiknya D kongsikan experience or story dekat blog.. selalu buka youtube saja kan. ni ha, bila mood menaip datang, mohon bukan hangat-hangat tahi ayam. hahaha..

Ingat lagi entry INI dan INI? Jom kita sambung..

Selepas syok bergambar sekitar balai-balai tu...kita beralih pula ke destinasi yang berikutnya. Kali ini D bawa diorang ke tempat yang jauh sikit dekat Kuala Kedah nu...jauh la sikit dari Bandaraya Alor Setar ni. Drive lebih kurang 20 minit macam tu, kitorang pun sampai.

Kemana kita sampai?

Kesini.... Kota Kuala Kedah

Kitorang sampai je Kota Kuala Kedah terus semua dahaga air so beli lah air sorang satu dahaga punya pasal.  Nasib baik dekat situ ada gerai-gerai, siap ada orang tengah karaoke lagi. almaklumlah petang-petang dekat dengan laut pula tu.Lepas dapat je air, terus kitorang pergi tepi laut dulu. D memang suka laut pantang nampak laut, mesti macam jakun hahaha. ada jugak la berangan nak juga rumah sebijik tepi laut. sebab macam best je kan hihihi..haa sudah berangan-angan.

Kota ini merupakan benteng pertahanan negeri Kedah yang dibina pada tahun1771 dibina semasa zaman perintahan Sultan Muhammad Jiwa dan siap pembinaannya pada tahu 1780. Pada 1909, Kedah berada dibawah penguasaan British. Oleh demikian, beberapa bangunan dibina sebagai pejabat kerajaan British. Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, Kota ini dijadikan markas bagi Jepun sehinggalah Jepun kalah kepada British. Pada 31 Ogos 1978, Jabatan Muzium dan Antikuiti  telah mewartakan kota ni sebagai Tapak Tanah Bersejarah.

Lepas puas tengok laut kitorang pergi masuk Muzium Kota Kuala Kedah pula.

qdsukasuki.blogspot.com
Muzium Kota Kuala Kedah
Inilah dia view dari luar muzium ni. Time kitorang masuk ni ramai pula orang. Kasut kena letak dekat luar macam masuk rumah. Banyak pengetahuan sejarah yang boleh kita dapat semasa melawat tempat ni and sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak time cuti or pelajar buat educational visit. Muzium ni juga tak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. =)

qdsukasuki.blogspot.com


qdsukasuki.blogspot.com


Petang tu ramai la juga orang datang memancing tepi laut. Ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan kawan-kawan, ada yang berdating (hamboii), haa kadang-kadang ada juga yang datang photoshoot wedding kat sekitar Kota Kuala Kedah tu. romantik gituu.. auww kitorang pon sempat snap beberapa keping gambar di situ. 

Sebelum matahari berganti bulan, kitorang singgah sekejap di Marina Bay yang di mana sangat dekat saja dengan Kota Kuala Kedah. Area situ jugak tempat dia. Kitorang just lepak sekejap ambil gambar beberapa keping and terus pecut balik rumah.


qdsukasuki.blogspot.com
cantikkan? 

qdsukasuki.blogspot.com
Mentari melabuhkan tirainya menunggu bulan tiba
Malam tu semua penat tertidur kepenatan and esoknya kena bangun awal untuk bersiap ke kenduri Ain di Sungai Petani. Untuk next entry D janji, D ceritakan sekali gus hari kedua and last day apa diorang buat and melawat di Kedah ni okay. hahahaha. stay tune!!!

D

Monday, 15 December 2014

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 2)

Assalamualaikum,

Let's continue from entry INI.  

Memang pembelanjaan untuk jalan-jalan makan angin di area Alor Setar, Kedah ni sangat lah murah, dari segi fee per entry untuk melawat tempat sampai ke makan minumnya murah la bagi D dari tempat yang lain. Bagi yang datang ke kedah tapi tiada tempat tinggal memang up sikitlah ongkosnya kena bawa. Homestay or hotel budget yang berpatutan pun banyak disekitar Alor Setar ni asalkan kena pandai cari. lagi senang kalau minta sedara or kenalan yang stay di Kedah or pernah ke Kedah yang carikan sebab diorang lagi tahu ye tak. Nak yang dekat sawah ada, dekat dengan bandar pon ada. 

Okay, jom kita sambung...

On the same day selepas round Pekan Rabu kebanggaan Kedah, kami menuju pula ke area yang wajib korang semua lawati kalau ke Bandaraya Alor Setar, iaitu Galeri Sultan Abdul Halim. 

ehsan google
D tak sure boleh masuk ke tak dalam galeri tu. Rasanya boleh kott tapi mungkin masa kitorang pergi tu, galeri tu tak buka. So kitorang just ambil gambar di sekitar galeri tu sahaja. Kalau dapat masuk haritu mesti best. Sebab D ada google juga pasal galeri ni, macam-macam benda ada dalam tu. Even tak masuk pun, banyak gila gamabr kitorang snap dekat depan tu hahaha..

Buat pengetahuan korang galeri ini asalnya Mahkamah Tinggi Alor Setar dan pada tahun 2007 telah diubahsuai dijadikan sebagai galeri. kalau korang nak tahu pasal keperibadian, serta hobi Sultan Abdul Halim dan Kesultanan Kedah, datang lah ke galeri ini. 

Berjalan beberapa meter dari galeri tu, kitorang lalu depan Balai Nobat dan Balai Besar Alor Setar. 

Balai Nobat, ehsan google

ehsan google lagi: Balai Besar
Kitorang tengok dari luar saja and ukiran seni bangunan ni sangat cantik. Daripada sumber yang dibaca, Balai Besar dikenali sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Balai ini merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang balai ini sahaja. Cantikkan? kalau nak tahu lebih lanjut, kunjunglah kesini bila datang ke Alor Setar. boleh tengok real lagi. hiiihi.. 

Jalan beberapa langkah lagi, tibalah kami di Muzium DiRaja Alor Setar. Pada asalnya muzium ini merupakan bangunan istana yang dikenali sebagai Istana Kota Setar. Haa... kat sini best sebab boleh masuk and tak payah bayar pun masuk melawat. Syok kan. kalau datang ramai-ramai pon tak jejas duit sebab memang tak payah bayar pun. camera pon dibenarkan masuk. kitorang apa lagi.. memang suka la. Lama lah juga kitorang lepak dalam tu. Banyak benda kitorang tengok and belajar at the same time. tambah pula dua orang dari kitorang adalah pelajar jurusan history.memang kenalah dengan diorang. hihi.

ehsan google lagi.. ini view dari luar

ehsan google lagi.. ini bahagian dalamnye. besar n cantik 
Lepas beberapa lama disitu, oleh kekangan masa yang mencumburui..ceceh,,kami pun beredar keluar dan di area situ juga. dapat dilihat Balai Seni Negeri Kedah. yang ni kami cuma tengok saja dari jauh sebab penat nak jalan kaki pergi dekat sebab panas. hahaha.. Seberang jalan pula terletaknya Masjid Zahir.

Masjid Zahir. 
Masjid Zahir ni merupakan salah satu masjid yang tertua dan cantik di Malaysia. gambar atas ni bukan ehsan google ye hahaha.. tersenget sikit sebab amik gambar dalam kereta. kalau korang perasan la kan, banyak gambar dalam entry kali ni ehsan google je. hahah tula.. D lupa nak bawa kamera aritu. so banyak snap pakai diorang punya camera. last-last lupa nak minta soft copy.. sobss.. 

Haa.. di kawasan ni saja ada banyak tempat menarik yang kita boleh melawat. Naseb baik jugak sebab tempat ni dekat dengan rumah D, so dah biasa jalan tu, senang nak bawa diorang berjalan. Sebelum ke tempat yang seterusnya, kitorang sempat snap gambar berlatarbelakangkan semua balai-balai dekat situ, muzium and Masjid Zahir dari seberang. Tempat ni kalau musim cuti memamng ramai yang datang macam Pekan Rabu tu. Musim kahwin pula, rami photographer bawa shoot kat area sini sebab scene dia lawa.. hihi...Kalau malam siap dengan lampu lagi.. Cantik =)

Next tempat... D sambung nanti ye. penat nak sambung taip.. hahaha nantikan.. terus baca blog ni ok. 

D


sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 1 Mukadimah)

Assalamualaikum,

Yabedabeduu....
Ini kira cerita throwback lah.. hihi baru nak update... lama tak lama, D nak share jugak dengan readers. Once again... Yabedabeduuuu..........

I am suka gila bila sahabat yang paling D rapat nak datang lagi jalan-jalan tempat kelahiran D yang tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Korang pernah datang kedah tak? mesti pernahkan. Ini second time my buddies datang bertidur di rumah. Korang boleh baca entry first time diorang datang yang di tulis oleh Q dekat SINI dan sambungannya di SINI

Masa first time tu diorang datang time my older brother menikah and kenduri sebelah perempuan. Thank you sangat kat diorang sudi ikut D balik Kedah naik train and fyi, diorang datang 3days 2nights. 1st day D busy tolong sediakan hantaran, malam tu nikah. esoknya 2nd day pula kenduri sebelah perempuan. then tuptup esoknyer pula kitorang dah nak balik U dah. 

Walaweyyy...sorry buddies I is tak sempat nak bawak korang pergi jalan-jalan area kedah dan hanya sempat bawa diorang pergi Muzium Padi saja tu pon last day dah pagi and tu pun terkejar masa unutk naik bus tengah hari tu kul 12.30pm rushing gila la jugak hahaha. 

So this time, kebetulan one of our geng at U getting married so D amik peluang tu untuk tebus balik la nak bawa diorang jalan-jalan. Tapi bila fikir, nak bawa diorang pergi mana je eh..hahaha. apa lagi, dengan menggunakan segala carian internet yang ada dihujung jari.. dapat juga ilham nak bawa diorang kemana. padahal semua tempat tu dah tahu ada dalam Alor Setar Kedah ni, dekat pulak tu.hihii 

The story begin...ececehh punya dah dua paragraph baru nak begin katanya.

Sama dengan last trip, diorang decided to stay for 3days 2 nights.. alahai kejapnyee.. tapi kali ni diorang datang berasingan dimana Q datang dengan kawan sekelasnya yang juga kawan kepada, Ain (pengantin perempuan yang nak kahwin tu) datang by train from KL. semangat ye korang datang naik train hahaha... rindu pula nak naik train dengan korangg...Trex pula datang by bus. Disebabkan train macam biasa lambat dekat 10jam, maka Trex lah smpai dulu dari Kelate. 

1st day....

Diorang semua sampai pagi tu dan berehat-rehat saja pagi tu.kepenatan mengembara katanya haha.. kesian.. So bila dah tengah hari sikit lepas zuhur, perut dah terisi, kitorang pun decide nak keluar jalan-jalan. penat naik transport hilang, jom kita pergi cari penat yang lain pulak kikiki.. tapi dalam otak, D terpikir jugak...nak kemana dulu ye hahaha... krik krik.. 

So Sebagai mukadimahnya D bawak diorang ke tempat yang paling dekat dengan rumah D iaitu Pekan Rabu. Kitorang just jalan jalan saja tengok barang-barang yang dijual dan barang-barang yang dijual di situ merangkumi pakaian, makanan tempatan, aksesori dan cenderamata. Dibahagian bawah ada gerai-gerai makan. so kalau lapar or tekak rasa kering masa pusing pekan rabu tu, boleh la pekena air secawan dua, mihun sup ke apa ke kan. heee
credit to google..
Kebanyakkan yang datang ke Pekan rabu ni orang luar yang datang bercuti makan angin di Kedah dan jugak penduduk setempat sendiri. Ikut musim jugak, kalau time cuti memang ramai yang datang Pekan Rabu ni. 

Haa... D stop dekat sini dulu kejap ok,Nantikan next entry.. nanti D sambung kemana D bawa diorang jalan-jalan disekitar Alor Setar dengan pembelanjaan yang sangat bajet, haaa. tak caya ke? percayalah...!! nanti kan okay!!


D

Sunday, 14 December 2014

Masa itu Time

Assalamualaikum

Tak sangka kan. sekarang dah bulan disember pon. Banyak lagi benda yang belum buat dan nak buat. baru saja rasa umur dah meningkat hari tu, tahun depan meningkat lagi.. itulah hidup ye tak. Sekejap sahaja masa dah berlalu dan bagi D, ini lah tahun yang paling singkat dan kejap sangat. Now,  rasa rugi pulak masa tu berlalu macam tu saja. ;(

Yup, kejap je masa ni bergerak.. macam tu jugak umur kita, makin hari makin dimamah usia maka dekat lah kita dengan ajal kita. Ya ajal kita tak siapa tahu. kalau tahu, rasanya semua manusia dalam dunia ni jadi baik ye tak. sebab apa? sebab time tu baru nak takut akan sang Pencipta yang Maha Esa. Sebab tu juga Yang Maha Esa bagi kita ujian dimana tak siapa akan tahu bila dia, dia, atau dia akan menemui ajal. yang paling takut, ajal dah dekat tapi kita still tak sedar masa tu bukan utntuk dunia saja. Nauzubillah. nak tunggu tua kerepot ke?

Kita manusia biasa, hamba abadi Dia. asalkan kita tak lupa yang itu. Bukan bermaksud kita tak boleh nak seronok seronok, bukan kita tak boleh nak cari rezeki lebih, bukan kita tak boleh. Manusia selalu salah anggap, bila ada yang berpesan supaya ingatkan akhirat, jangan kejar dunia saja, jangan termakan dek fesyen. ada golongan manusia yang cepat sangat melatah. "Nak makan apa kalau tak kerja?" "Hai, tak kan nak seronok pon tak boleh?" "Nanti tua aku tahulah nak berubah" "kubur masingmasing".. pernah dengar tak ayat tu. Bila ada yang berpesan, tolong lah jangan melenting, cuba pikir. Allah bagi kita akal, kita guna. 

Kita kan manusia, kita ada kehendak kita. nak pergi travel, nak berbelanja,  nak makan itu, nak makan ini, nak berseronok, nak berfesyen lah..banyak lagi kalau nak listkan. Bukan semua itu tidak boleh, boleh asalkan ianya berlandaskan jalan yang Dia redhai. itu sahaja. Kita tahu baik buruk, salah benar, halal haram. Sekali pun kalau tidak tahu, jangan jadikan alasan.jangan biarkan diri terus tak tahu.   lagi kalau kita tahu, jangan buatbuat tak tahu. kita dah belajar pendidikan Islam dari sekolah tadika kan, cuba kita tanya diri kita. apa kita buat sekarang adakah cukup persiapan kita kalau ajal datang tibatiba? 

This is also note to myself since I'm the one who will read my blog over and over again walaupun ayat kelakar macam budak-budak haha. so then, Change to be better is something awesome, change to be worse is nothing worth.  Appreciate your every second, keep breath and there will be no regret if you use it wisely.

D

Monday, 17 November 2014

Alam Kerja...Yeah, Kami Dah Grad

Assalamualaikum


Dah lama tak menaip blog.. dah cecah setahun dah usia blog kami.. oh rindu haha. banyak yang D nak tulis, tapi tak tahulah nak start dari mana. So, post ni yang paling terkini, ya kami dua dah grad Alhamdulillah.. Aminn..akhirnya kami merdeka dari segala assignment, segala kelas, dan sebagainya yang berkaitan sebagai seorang pelajar pengajian tinggi. cuma paling sedih kami sama-sama tak sempat nak jumpa. Sorry Q, I reaally really wanna meet you that day.. But my Family have to rush back hometown. Ada hal nak kena setel. sedih =( tapi I know, ko paham. Tq bestfriendforever.

Rasanya D je kot yang hantar paling awal hari tu. Masa beratur nak pulangkan robe and ambik scroll, tak jumpa pula budak yang grad haritu pulangkan semua tu. haha diorang sibuk amik gambar, seronok tengok diorang bergambar. Mau taknye, kuar je dewan terus ambil gambar dengan fam 5, 6 keping, anta barang, terus pecut balik kedah. Express kan,  malam tu dah sampai kedah. Alhamdulillah perjalanan semua selamat.

So, Mulalah misi mencari kerja. Yes, Kerja. Kerja kerja kerja. Honestly, Im still jobless sekarang. Q pula dah mula dapat menjinakkan dirinya dalam kerjaya.. Go for it Q! Go achieve your dreams.  Bagi aku senang nak cari kerja. Tapi nak dapatkan kerja tu yang susah. Sebab banyak je site selalu iklankan job ads, banyak sangat. Tapi mungkin belum rezekiku,.. Takpe, Sabor kan.. InsyAllah ada nanti.

Sementara ini, kerjaku adalah dirumah. Rutin harian yang sama sahaja, memasak, mengemas, almaklumlah kerjaya suri rumah hihi.. Tapi rasanya nanti kalau dah kerja baru tahu rindu  nak memasak untuk keluarga, kemas rumah semua tu. Sebab kita tak tahu mana Allah letak rezeki kita kan. kan. kan.. (ayat nak sedapkan hati sendirik) =)

So, marilah kita mencari kerja bersama-sama... moga Allah permudahkan urusan kita..

D

Tuesday, 6 May 2014

Death As Reminder And Lesson To Us

Holla my fellow readers,

Its been a while for me,not updating any posts. Well,i am graduating this semester,inshaAllah..and of course,i have been through a lot this semester..and i would like to share some of it,to my fellow reader..


Have u guys or girls experience loss of ur beloved ones? If u guys or girls had,then..do not be sad..why?because let ur beloved rest in peace and met our Creator..the eternal happiness


The story of mine,is not about my loss.But the loss of my adopted sister.. the demise of her mom..


Now what it has got into me?Well,i am not that close with my parents,due to certain circumstances. But i have learn through her,she tried her best to give her mom happiness..Unlike me..who is not that close with my parents..How she frustrated for unable to let her mom sit in her first car..How frustrated she is for not able to give her mom full of happiness..


With this,it is indirectly touch my heart,and i am trying to be a good daughter to my parents..though they are not that fair to me. See, death is actually a lesson for those who are still livin..to appreciate and improve their lives to betterment.


So,guys and girls,death waits for no one,so appreciate your parents okay ;)


Q





Dinner at hostel

Assalamualaikum

Mesti seronok gilakan dengar perkataan dinner tu, pastu mesti terbayang-bayang makanan yang sedap sampai terliur kan? kan? ke tak? ehh.. Bagi aku yang stay dalam hostel ni memang takla tiap hari nak makan makanan yang sedap, pastu murah.. memang tak dapek lah.. semingu sekali tu ada la makan yang best-best sikit dengan member-member. itu pon sebab dah jemu sangat makan makanan cafe dekat hostel.. sekali sekala kena la treat diri sendiri kan.

Sape yang stay dalam hostel mesti sangat memahami keadaan sebegini .So, kali ni saja aku nak kongsikan menu-menu students bujang yang tinggal di hostel. tapi ini lebih kepada apa yang aku rajin beli la.. ooppss...tapi ini, bukan menu students bujang je okay, students dah married pon makan jugak.. sebab dah stay dekat dalam hostel ye dak?... so itu jelah menu-menu yang kita terpaksa hadap tetiap hari.. dah tu, owner cafe pon satu, buat la menarik-menarik sikit atleast menu lain-lain sikit ikut hari ke kan, tak ada lah kitorang kalau turun je ke cafe duk termenung tengok aku kau tanya sama sendiri nak makan apa. huuu

bila dah namanya dinner, memang aku kurang sikit nak makan nasi-nasi ni. bukan diet ye tapi jemu. lagi pon kalau nak order ala carte dia sangat lama case dia, orang pon ramai order.  dan aku agak malas nak tunggu kat cafe lama-lama so baik aku order yang cepat and pantas dekat gerai-gerai kecil dalam cafe tu.. Ada lebih kurang lima enam gerai camtu yang jual wafer, claypot sizzling, shawarma, ciken chop yongtaufu, kueh, segala jenis mee laksa bakso semua tu, berger and lain-lain.

Harini aku nak kongsikan menu aku and Q semalam punya dinner.. Selalu kami akan kongsi ja makanan kalau rasa nak makan banyak dan kebetulan malam tadi memang niat nak makan banyak.. jap, bila masa pulak kitorang makan sikit ehh?? hahaha

qdsukasuki.blogspot.com
Tomyam claypot yang aku order... selalu order yang ni sebab sedap kira favorite jugak la kat cafe tu. sampai makcik claypot and anak-anak dia pon dah tahu aku ni customer tetap dia. hahaha.. 

qdsukasuki.blogspot.com
Chicken Chop rm5.00... yang ni kami kongsi makan... kami minta garing sikit sebab tu color dia macam nak gelap sikit tu. rasa dia ok la.. bawah tu ada kentang
qdsukasuki.blogspot.com
Laksa... yang ni best.. rasa dia sangat pekat dan makcik tu bagi banyak sangat. berbaloi dengan harga rm3.50 siap ada telur rebus separuh lagi.

haa... amacam? macam sedap kan? dekat hostel pon bole menternak lemak,apatah lagi yang luar hostel. tiap hari, mulut asyik cakap taktau nak makan apa, tapi beli jugak sebab lapar punya pasal. so camne nak dietnyer??cuba cakap? hihihikk. next time aku upload lagi makanan yang best dekat hostel aku ni ye.. buat masa sekarang tu je. heeee...

D


Monday, 5 May 2014

It is priceless!!

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak meng'update blog kan, ada lebih kurang dua tiga bulan macam tu. tambahan pulak semua tengah busy dengan life masing-masing dan kami pun sama lah jua. masing-masing sekarang sibuk dengan final semester yang bakal abes less than a month. semua preparation untuk exam still entah kemana and untuk aku sendiri, memandangkan aku internship untuk final sem ni, banyak lah kerja-kerja report documentation, presentation case segala hal kena setelkan before packing barang untuk pulang ke kampung halaman terchentaku.. sobss

Selama aku duk berinternship hampir 4 bulan di sekolah area U aku ni, banyak yang aku belajar especially kehidupan as a real teacher. semua perasaan bercampur baur dari awal sampai sekarang, masa practical tahun lepas tak terasa sangat maybe sebab 7 minggu je kan and lepas tu sambung masuk kelas balik untuk satu sem. Tapi sekarang, no more classes. just a school and once a month supervision at U.itu pun tak terasa langsung macam ada class supervision. Truly, be a teacher untuk selama itu sangat mengajar aku erti diri yang sebenar. life as counselor student sangat berbeza dengan life as pekerja especially as counselor teacher. sangat-sangat berbeza. 

Kalau haritu aku selalu terlewat ke kelas, terhegeh-hegeh aku marathon ke kelas tapi sekarang bila dah buat internship dekat sekolah, setiap hari kena punctual before 8.00am kena ada dah kat sekolah. kalau lambat ada peluang kena warning or perli dari orang atasan. Setakat ni, dah kena sekali dan rasanya itu first and last kena warning kebetulan sangat time tu mtor bt hal. haa cakap pasal motor, masa internship aku bawak motor, aku jadi rider tegar dengan harapan supaya tak dak la masalah transport untuk ulang alik pergi sekolah. Alhamdulillah sangat membantu aku.

kalau nak cerita semua pengalaman aku sepanjang berinternship, memang penat nak tulis semua. dari perangai cikgu-cikgu, pelajar-pelajar macam-macam ragam yang aku ambil sebagai pengajaran, benda baik, kita ikut dan benda yang sebaliknya kita jadikan contoh dan perbaiki unuk lebih baik. warga sekolah sangat friendly dan environment dia best sangat. macam- macam benda jadi kat sekolah, banyak program yang aku join dan kena join sepanjang berada di sekolah. kadang-kadang terpaksa korbankan cuti hari sabtu sebagai sekolah ganti, padahal kawan-kawan lain di U syok je berholiday. tapi takpe... inilah masanya rasa pengalam jadi cikgu haha... baru sedar bukannya senang nak jadi cikgu ni.

Setakat ini, aku pernah jadi pencatat masa untuk event Merentas Desa sekolah, event yang sama jugak, aku jadi guru kecemasan. kebetulan pulak ada budak injured, cikgu ni lah jugak bawak student pergi HKL, aku dengan tak ada pengalaman dan tak pernah pergi HKL sebelum ni, terus dah bole ingat kat mana emergency unit dia. tapi time tu ada pembinaan sedang dijalankan. kalau pergi lepas ni terlupa maybe sebab pembinaan tu dh siap hehe... ha lepas tu, pernah jadi pencatat minit mesyurat untuk mesyuarat PIBG sekolah. itu pon last minute punya arahan, terlibat dengan nyanyian atsa pentas dengan guru-guru yang lain. dan macam-macam lagi lah. tak ingat dah aku nak cerita pun hahaha.

Yang penting semua pengalmn tu sangat syok best tapi penat haha.. time ni cikgu bukan tugas sebagai cikgu je. macam-macam kerja cikgu kena buat jadi ahli sukan lah, jadi doktor lah, jadi penyanyilah, jadi ahli IT lah.... haihh haha baru tahukan bukan senang nak jadi cikgu. itu aku, yang baru 4 bulan pon belum cukup lagi berada disekolah. This experiences is priceless.... priceless. 

tapi ni tinggal lagi dua minngu jelagi aku dekat sekolah and really hope penglmn yang ada aku boleh pakai and applied masa jadi counselor betol-betol nanti. masa yang sama sedih sebab dah abes internship maksudnya no more classes at U. rasa rindu pulak nak masuk kelas and kalau lmbat buat muka innocent haha... rasa rindu nak jalan pergi kelas dekat sport complex and kalau hujan basah kuyup sebab payung ada orang pinjam tapi tak kasi balik.. rasa rindu jugak lepas kelas terus keluar pergi JJ sebab kononya boring yang amat duduk kat hostel. adoiii dah kenapa duk rindu je padahal ada lagi dua minggu dekat U ni.nak buat macam mana dah nak rindu jugakkk!!! ;( ;( ;( 

D

Tuesday, 25 February 2014

cepatnya dah 2014 dah!

Assalamualaikum

Berdasarkan tajuk entry ni, haa tu tandanya tak sempat nak post entry-entry sebelum ni. dah tahun 2014 pon, bukan tu je, dah nak masuk bulan 3. dah lama sangat  tak mengupdate blog kan. so apa lagi tiba-tiba arini rasa macam rindu je nak post something. dah bersawang sangat sangat dah ni ha bila tengok balik since last update tahun lepas lagi haaa lama tak? haha bukan malas, tp ikut mood jugak nak menaip pon ye tak??

Walaupun lambat, tetap nak jugak wish happy tahun baru 2014. wish macam baru nak masuk bulan jan je kan, padahal dah nak masuk March pun hihikk . apa kesah kan? asalkan wish. Tahun baru korang semua apa macam? still in progress atau pun tak ada progress lagi? yang belum tertunai azam tahun lepas lepas rasanya boleh kot kita sama-sama tunaikan tahun ni. 

Yang penting, be better than before, tu yang penting, kalau kita rasa kita kurang sikit dalam apa bidang pun, try untuk lebih baik tahun ni dan tahun akan datang. usaha je. alah sebagai contoh la, kita nak kaya ke, nak jadi orang baik ke, nak success dalam study ke kerja ke apa lah so kena la rajin usaha dari sekarang and make surelah semua tu dalam landasan yang betol. baru berkat apa yang kita buat dan indirectly hidup kita pun akan lebih happy je selalu.
Banyak sebenarnya azam D tahun ni. kalau boleh nak buat semua je. haha tapi kita tengoklah camna itu semua ketentuan-Nya. yang penting kita dah berusaha dan tawakal. jangan tawakal je tapi usaha mana? tak dok? tak mau macam tu ok!!