click me!

Thursday, 8 January 2015

Modern Farmer

Assalamualaikum

Pelik kanapa tiba-tiba modern farmers lak ni? Hihi cuba korang teka.. Sejak dua menjak ni memandangkan belum dapat kerja and study pon dah abes, tangan i sangat rajin mencari drama Korea di laman internet untuk didownloadkan. scrol down scrol up akhirnya adik iolls suggest kan untuk download drama ni sebab ada lee hongki ft island tu haha..Taksangka drama ni sangat best and santai ditonton. Tak rugi iolls download penuhkan angka gigabite dalam lappy iolls huhu.

Untuk peminat drama Korea mesti korang tahu drama yang sangat gila and lawak ni. Ye, tajuk entry kali ini adalah tajuk salah satu tajuk drama Korea. I is suka sangat drama ni sebab tahap lawak dia boleh buat korang gelak mengilai kuat-kuat tengah malam.. Err seram pulak rasa. Tapi yang mengilai tu adik iolls, bukan iolls hihi

qdsukasuki.blogspot.com
Ni barisan pelakon utama dia (tq google)

Haa itu dia mereka-mereka, peneraju utama drama Modern Farmer. Ada ramai lagi pelakon pembantu yang sangat awesome dalam drama ni yang akan buat korang tak kering gusi menonton.

Antara pelakonnya adalah:

Lee Hong Ki (ft island) sebagai Lee Min Ki
Park Min Woo sebagai Kang Hyeok
Kwak Dong Yun sebagai Han Ki Joon
Lee Si Un sebagai Yoo Han Cheol
Lee Ha Nui sebagai Kang Yoon Hee

Sinopsis:

Mereka berempat merupakan kumpulan band rock Excellent Soul pada masa dahulu dan berpisah ikut haluan masing-masing selepas satu insiden. Tidak lama selepas itu mereka bertemu kembali dan Lee Min Ki mengajak ahli band yang lain untuk bekerja sebagai petani mengusahakan tanaman kobis di kawasan perkampungan. Hasil dari pertanian itu mereka rancang untuk mengejar kembali cita-cita mereka dalam bidang muzik. Pelbagai kisah kelakar, cinta, nilai persahabatan terjadi sepanjang perjalanan cerita ini especially semasa mereka berada di kampung.

qdsukasuki.blogspot.com
(credit encik google)

Kalau korang nak tahu lagi lanjut, kena lah tonton cerita ini sampai abes. iolls baru abes downloadkan 20 episodes drama Modern Farmer ni yahooo.. haha kalau korang ada cerita yang best-best sila suggestkan dekat iolls okay. okay lah, i nak sambung tengok drama ni dulu..

Bye uolls!

D








No comments:

Post a Comment