click me!

Tuesday, 5 November 2013

sukasuki masak: kek batik in the making

Assalamualaikum

Hi readers..
Do you still remember about kek batik? i owe you the resepi right? this post dikira sebagai sambungan kepada teaser for resepi kek batik dari entry ini. hehee.. nampakya semua dah tidak sabar nak tahu cara nak buat kek ni kan. dah lama jugak terdelay nak buat post pasal resepi kek batik ni, so hari ini baru tergerak hati nak menaip.. lets check it out.

Bahan-bahannya adalah:-
  • margerin or butter (1 cup)
  • susu pekat (1 cup)
  • milo or serbuk koko (1 cup)
  • biskut merry or other kind of biskut also can ok (sebungkus)

Cara-cara membuatnya adalah:-
  1. Mula-mula, seperti biasa kita panaskan periuk dalam beberapa saat.
  2. Then masukkan margerin. tapi up to cost la sebenarnya. Sebagai student yang tidak bergaji, kami guna margerin dalam resepi kali ini sebab nak jimat cost. murah-murah pun hasilnya sedap sangat heee. anda juga boleh gunakan buttercup or planta or mentega. ikut kesukaan masing-masing ya.
  3. Apabila margerin dah cair, masukkan lah susu pekat kedalam periuk. then kacau bagi sebati.
  4. Selepas sebati margerin dengan susu pekat tersebut, masukkan pula serbuk milo. kacau bagi sebati ya
  5. Sesudah sebati masak kesemua bahan dalam periuk kita tu dan cukup kepekatan yang kita mahukan, masukkan biskut yang kita mahukan. 
  6. Gaul biskut semua bagi sebati okay..
  7. Carilah bekas yang sesuai untuk kita mampatkan kek batik kita yang sedap tu..
  8. Tadaa.. eh siap dah? haa memang siap dah pun. lagi sedap kalau masukkan dalam peti ais.
  9. Potong kek batik dan sedia untuk dihidangkan... 
Simplekan bahan-bahan resepi kek batik ni. murah dan senang nak dapat bahan-bahan semua tu kan? Selalunya kalau dah namanya kek batik, orang akan pilih biskut merry. tapi jangan ingat biskut lain tak sesuai, kami dah try masukkan biskut hupseng campur biskut tiger susu. hasilnya sedap sangat and setanding jugak dengan rasa kek batik yang menggunakan biskut merry.

Berdasarkan sukatan-sukatan diatas, lebih kurang macam itulah yang kami buat. sebab kami buat ni dekat hostel je, so kami tak bawaklah tempat untuk sukat semua tu. nanti takde pasal kena saman dengan fellow haha. sebenarnya kita bole ikut instinct kita ja nak masukkan  banyak mana. kalau sesetengah orang maybe ada yang tidak gemar manis, so boleh la kurangkan sedikit kadar susu pekat itu. jom kita tengok gambar-gambar kat bawah ni pulak. kadang-kadang lebih senang kalau tengok gambar je dari tengok resepi, ye dak?? haa jomm zooommm sikit

kekbatik
margerin sedang dimasak
kekbatik
time ni tengah masukkan milo selepas masukkan susu

kekbatik
dah sebati margerin, susu and milo
kekbatik
masukkan biskut then gaul bagi lekat dekat semua biskut 
kekbatik
sudah siap dimampatkan dalam bekas. kami guna tupperware je
kekbatik
hidangkan ikut kreativiti. ini kami buat ala-ala berger. letak bikut tiger atas n bawah kek batik yang telah dipotong

Amacam? ada yang terliur tak..? apa lagi, jom cuba buat kek batik ni =) 


D

No comments:

Post a Comment