click me!

Monday, 5 May 2014

It is priceless!!

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak meng'update blog kan, ada lebih kurang dua tiga bulan macam tu. tambahan pulak semua tengah busy dengan life masing-masing dan kami pun sama lah jua. masing-masing sekarang sibuk dengan final semester yang bakal abes less than a month. semua preparation untuk exam still entah kemana and untuk aku sendiri, memandangkan aku internship untuk final sem ni, banyak lah kerja-kerja report documentation, presentation case segala hal kena setelkan before packing barang untuk pulang ke kampung halaman terchentaku.. sobss

Selama aku duk berinternship hampir 4 bulan di sekolah area U aku ni, banyak yang aku belajar especially kehidupan as a real teacher. semua perasaan bercampur baur dari awal sampai sekarang, masa practical tahun lepas tak terasa sangat maybe sebab 7 minggu je kan and lepas tu sambung masuk kelas balik untuk satu sem. Tapi sekarang, no more classes. just a school and once a month supervision at U.itu pun tak terasa langsung macam ada class supervision. Truly, be a teacher untuk selama itu sangat mengajar aku erti diri yang sebenar. life as counselor student sangat berbeza dengan life as pekerja especially as counselor teacher. sangat-sangat berbeza. 

Kalau haritu aku selalu terlewat ke kelas, terhegeh-hegeh aku marathon ke kelas tapi sekarang bila dah buat internship dekat sekolah, setiap hari kena punctual before 8.00am kena ada dah kat sekolah. kalau lambat ada peluang kena warning or perli dari orang atasan. Setakat ni, dah kena sekali dan rasanya itu first and last kena warning kebetulan sangat time tu mtor bt hal. haa cakap pasal motor, masa internship aku bawak motor, aku jadi rider tegar dengan harapan supaya tak dak la masalah transport untuk ulang alik pergi sekolah. Alhamdulillah sangat membantu aku.

kalau nak cerita semua pengalaman aku sepanjang berinternship, memang penat nak tulis semua. dari perangai cikgu-cikgu, pelajar-pelajar macam-macam ragam yang aku ambil sebagai pengajaran, benda baik, kita ikut dan benda yang sebaliknya kita jadikan contoh dan perbaiki unuk lebih baik. warga sekolah sangat friendly dan environment dia best sangat. macam- macam benda jadi kat sekolah, banyak program yang aku join dan kena join sepanjang berada di sekolah. kadang-kadang terpaksa korbankan cuti hari sabtu sebagai sekolah ganti, padahal kawan-kawan lain di U syok je berholiday. tapi takpe... inilah masanya rasa pengalam jadi cikgu haha... baru sedar bukannya senang nak jadi cikgu ni.

Setakat ini, aku pernah jadi pencatat masa untuk event Merentas Desa sekolah, event yang sama jugak, aku jadi guru kecemasan. kebetulan pulak ada budak injured, cikgu ni lah jugak bawak student pergi HKL, aku dengan tak ada pengalaman dan tak pernah pergi HKL sebelum ni, terus dah bole ingat kat mana emergency unit dia. tapi time tu ada pembinaan sedang dijalankan. kalau pergi lepas ni terlupa maybe sebab pembinaan tu dh siap hehe... ha lepas tu, pernah jadi pencatat minit mesyurat untuk mesyuarat PIBG sekolah. itu pon last minute punya arahan, terlibat dengan nyanyian atsa pentas dengan guru-guru yang lain. dan macam-macam lagi lah. tak ingat dah aku nak cerita pun hahaha.

Yang penting semua pengalmn tu sangat syok best tapi penat haha.. time ni cikgu bukan tugas sebagai cikgu je. macam-macam kerja cikgu kena buat jadi ahli sukan lah, jadi doktor lah, jadi penyanyilah, jadi ahli IT lah.... haihh haha baru tahukan bukan senang nak jadi cikgu. itu aku, yang baru 4 bulan pon belum cukup lagi berada disekolah. This experiences is priceless.... priceless. 

tapi ni tinggal lagi dua minngu jelagi aku dekat sekolah and really hope penglmn yang ada aku boleh pakai and applied masa jadi counselor betol-betol nanti. masa yang sama sedih sebab dah abes internship maksudnya no more classes at U. rasa rindu pulak nak masuk kelas and kalau lmbat buat muka innocent haha... rasa rindu nak jalan pergi kelas dekat sport complex and kalau hujan basah kuyup sebab payung ada orang pinjam tapi tak kasi balik.. rasa rindu jugak lepas kelas terus keluar pergi JJ sebab kononya boring yang amat duduk kat hostel. adoiii dah kenapa duk rindu je padahal ada lagi dua minggu dekat U ni.nak buat macam mana dah nak rindu jugakkk!!! ;( ;( ;( 

D

No comments:

Post a Comment