Assalamualaikum
Dah lama tak menaip blog.. dah cecah setahun dah usia blog kami.. oh rindu haha. banyak yang D nak tulis, tapi tak tahulah nak start dari mana. So, post ni yang paling terkini, ya kami dua dah grad Alhamdulillah.. Aminn..akhirnya kami merdeka dari segala assignment, segala kelas, dan sebagainya yang berkaitan sebagai seorang pelajar pengajian tinggi. cuma paling sedih kami sama-sama tak sempat nak jumpa. Sorry Q, I reaally really wanna meet you that day.. But my Family have to rush back hometown. Ada hal nak kena setel. sedih =( tapi I know, ko paham. Tq bestfriendforever.
Rasanya D je kot yang hantar paling awal hari tu. Masa beratur nak pulangkan robe and ambik scroll, tak jumpa pula budak yang grad haritu pulangkan semua tu. haha diorang sibuk amik gambar, seronok tengok diorang bergambar. Mau taknye, kuar je dewan terus ambil gambar dengan fam 5, 6 keping, anta barang, terus pecut balik kedah. Express kan, malam tu dah sampai kedah. Alhamdulillah perjalanan semua selamat.
So, Mulalah misi mencari kerja. Yes, Kerja. Kerja kerja kerja. Honestly, Im still jobless sekarang. Q pula dah mula dapat menjinakkan dirinya dalam kerjaya.. Go for it Q! Go achieve your dreams. Bagi aku senang nak cari kerja. Tapi nak dapatkan kerja tu yang susah. Sebab banyak je site selalu iklankan job ads, banyak sangat. Tapi mungkin belum rezekiku,.. Takpe, Sabor kan.. InsyAllah ada nanti.
Sementara ini, kerjaku adalah dirumah. Rutin harian yang sama sahaja, memasak, mengemas, almaklumlah kerjaya suri rumah hihi.. Tapi rasanya nanti kalau dah kerja baru tahu rindu nak memasak untuk keluarga, kemas rumah semua tu. Sebab kita tak tahu mana Allah letak rezeki kita kan. kan. kan.. (ayat nak sedapkan hati sendirik) =)
So, marilah kita mencari kerja bersama-sama... moga Allah permudahkan urusan kita..
D
No comments:
Post a Comment