click me!

Sunday, 14 December 2014

Masa itu Time

Assalamualaikum

Tak sangka kan. sekarang dah bulan disember pon. Banyak lagi benda yang belum buat dan nak buat. baru saja rasa umur dah meningkat hari tu, tahun depan meningkat lagi.. itulah hidup ye tak. Sekejap sahaja masa dah berlalu dan bagi D, ini lah tahun yang paling singkat dan kejap sangat. Now,  rasa rugi pulak masa tu berlalu macam tu saja. ;(

Yup, kejap je masa ni bergerak.. macam tu jugak umur kita, makin hari makin dimamah usia maka dekat lah kita dengan ajal kita. Ya ajal kita tak siapa tahu. kalau tahu, rasanya semua manusia dalam dunia ni jadi baik ye tak. sebab apa? sebab time tu baru nak takut akan sang Pencipta yang Maha Esa. Sebab tu juga Yang Maha Esa bagi kita ujian dimana tak siapa akan tahu bila dia, dia, atau dia akan menemui ajal. yang paling takut, ajal dah dekat tapi kita still tak sedar masa tu bukan utntuk dunia saja. Nauzubillah. nak tunggu tua kerepot ke?

Kita manusia biasa, hamba abadi Dia. asalkan kita tak lupa yang itu. Bukan bermaksud kita tak boleh nak seronok seronok, bukan kita tak boleh nak cari rezeki lebih, bukan kita tak boleh. Manusia selalu salah anggap, bila ada yang berpesan supaya ingatkan akhirat, jangan kejar dunia saja, jangan termakan dek fesyen. ada golongan manusia yang cepat sangat melatah. "Nak makan apa kalau tak kerja?" "Hai, tak kan nak seronok pon tak boleh?" "Nanti tua aku tahulah nak berubah" "kubur masingmasing".. pernah dengar tak ayat tu. Bila ada yang berpesan, tolong lah jangan melenting, cuba pikir. Allah bagi kita akal, kita guna. 

Kita kan manusia, kita ada kehendak kita. nak pergi travel, nak berbelanja,  nak makan itu, nak makan ini, nak berseronok, nak berfesyen lah..banyak lagi kalau nak listkan. Bukan semua itu tidak boleh, boleh asalkan ianya berlandaskan jalan yang Dia redhai. itu sahaja. Kita tahu baik buruk, salah benar, halal haram. Sekali pun kalau tidak tahu, jangan jadikan alasan.jangan biarkan diri terus tak tahu.   lagi kalau kita tahu, jangan buatbuat tak tahu. kita dah belajar pendidikan Islam dari sekolah tadika kan, cuba kita tanya diri kita. apa kita buat sekarang adakah cukup persiapan kita kalau ajal datang tibatiba? 

This is also note to myself since I'm the one who will read my blog over and over again walaupun ayat kelakar macam budak-budak haha. so then, Change to be better is something awesome, change to be worse is nothing worth.  Appreciate your every second, keep breath and there will be no regret if you use it wisely.

D

No comments:

Post a Comment