Assalamualaikum
Tak sangka kan cepat je masa berlalu, ni kita dah masuk tahun 2015 dan makin meningkat tua jugak la kita. Tapi hati tetap maintain muda gitu hii... By the way, happy new year ye korang.. semoga apa yang korang azamkan untuk tahun ini akan tercapai.. Aminn... apa azam tahun ni? banyak sangat azam tahun ni sebab campur sekali azam tahun lepas-lepas yang tertunggak hehee..
Okay sempena first enrty untuk tahun 2015 ni, D nak kongsikan resepi spaghetti yang mudah disediakan, sedap di makan dan tentunya terpikat dihati. hihihi... Ingat lagi dulu masa time belajar dekat U, kami masak senyap-senyap curik-curik nak memasak. dan salah satunya benda mudah nak buat time study dulu adalah spaghetti ni. tapi tu pun jarang jugak masak sebab kekangan masa.. cewahh kekangan masak konon hahhaha
![]() |
| Spaghetti Mudah Sedap |
- 4 ulas bawang putih (cincangkan)
- Setengah batang carrot (potong dadu kecil-kecil)
- 2 keping daging burger (i guna daging burger jenama Ramly)
- 1/2 sos spaghetti (i guna sos prego)
- Sedikit sos cili
- Sedikit sos tomato
- Air masak yang secukupnya
- Garam gula sukup rasa
- 1/2 paket spaghetti
Cara membuatnya:
-First and foremost, haruslah kita jerang kan air dahulu didalam periuk, apabila dah menggelegak air tu, masukkan garam dan sedikit minyak serta 1/2 spaghetti. biarkan ia masak. setelah masak, tus kan. Okay sambil tu, kita gorengkan daging burger separuh masak dan hancurkan ia.
-Secondly, tibalah masa untuk membuat kuah spaghetti yang sedap tu. mihmihmih..
-Sediakan periuk dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit garing
-Masukkan carrot dan juga daging burger hancur tadi kedalam periuk dan kacau bagi rata
-Masukkan sos spaghetti sampai didih dan masukkan air masak sedikit sedikit sehingga dapat kepekatan kuah yang anda suka.
-Masukkan sedikit sos tomato dan sos cili
-Masukkan juga gula dan garam secukup sesedap rasa anda.
-Rasa kuah tu dan kalau dah sedap tu, sedia dihidangkan heee.
Mudah sangat kan? ini kalau orang bujang memang sesuai la masak sebab bahan-bahan pun senang nak dapat, jimat masa lagi dan yang penting kena rajin je hehe.. kalau malas masakan tu mudah mana pun, tak berasap jugak dapurnye haha..
Okay, selamat mencuba!
D




No comments:
Post a Comment