click me!

Tuesday, 13 January 2015

Oat Cleanser / Scrub / Masker

Assalamualaikum

jeng jeng jeng.. arini i nak kongsikan dengan korang semua tentang satu tips penjagaan muka yang sangat mudah, berkhasiat dan menjimatkan wang. Kadang-kadang tengok kulit muka sendiri rasa berminyak, kusam atau tak sihat kan? dah banyak produk try? haa..apa kata kali ni korang cuba alternatif lain untuk mendapatkan kulit yang sihat iaitu dengan menggunakan OAT.

Eh bukan oat untuk makan ke? haaa jangan tak tahu ye korang.. i pon baru tahu yang oat sebenarnya selain untuk dijadikan santapan, ia juga boleh digunakan untuk letak tempek dekat muka korang hhihi..i pon sedang berjinak jinak mnjadikan oat ni sebagai pencuci muka or scrub.

Cara DIY oat sebagai cleanser/masker/scrub

-Ambil secamca oat letakkan kedalam bekas
-Masukkan sedikit air
-Gaulkan air dengan oat tersebut sampai sebati
-Boleh la tempekkan dekat muka korang tu..

Cleanser = korang bagi cair sikit je tau
Masker/scrub = korang bagi pekat sikit

qdsukasuki.blogspot.com
ni pekat sikit D buat masker


Penggunaan sebagai cleanser, korang usapkan dekat muka sampai oat tu kering then bila dah kering bilaslah muka korang tu sampai bersih. 

Kalau untuk masker/scrub korang gosok-gosok sikit and sama juga tunggu sampai kering tapi lama sikit selalunya pakai dalam 15 minit hingga 20 minit camtu then bilas. Ada yang pakai sampai 30 minit. tapi jangan pakai lelama sangat berjam-jam kang jadi tak bagus pula. 

Seperti yang kita sedia maklum, oat mempunyai banyak kebaikan dari segi pemakanan kan. Berdasarkan pembacaan i, oat ni bagus untuk kulit kita sebabnya:

*Mampu mengatasi radang merah, iritasi, kulit kering
*Mengandungi antioksidan yang membuat kulit lebih kuat dan melawan radikal bebas
*Menghalus memuluskan kulit wajah
*Mencerahkan kulit
*Melembabkan kulit


Haa.. disebabkan diataslah i rasa bersemangat je nak try guna oat dekat muka and alhamdulillah, sepanjang tak sampai seminggu mencuba pakai oat sebagai cleanser merangkap masker/scrub ni... muka i tidak menghadapi sebarang masalah dan berharap tiada masalah langsunglah kan. Muka pun rasa fresh je lepas basuh. 

Tindak balas untuk setiap individu mungkin berlainan, namun kalau tak cuba macam mana nak tahu kan hasil dia? hiii

Okay itu je nak share dengan korang hari ni. cuba lah  =D

D







No comments:

Post a Comment