Assalamualaikum
Arini i nak kongsikan satu resepi yang mudah dan simple nak buat iaitu Popia Roll Special. heheh dekat mana yang specialnya? dekat namanya lah. =D korang mesti boringkan pikir nak jamu apa dekat family bila time minum petang or breakfast macam iolls jugak. selalu cekodok, tak pon beli kat gerai je senang.. tapi apa kata jom kita buat sendiri kuih muih ni. nak beli banyak-banyak pon mahal jugak, buat sendiri lagi puas hati. ye tak?
haa tak terliur ke tengoknyee?? hahah makan dengan sos cili baru sedap, nyummmehh...
Okay, bahan-bahan ni untuk 50 biji tau.
-Kulit popia (sepaket :50 keping)
-Crabstick (25 keping: 1 keping potong dua memanjang dapat lah 50 keping crabstick)
-1/2 paket sayur campur (lebih kurang 1 1/2 cawan)
-2 batang carrot saiz sederhana (sagatkan)
-1 biji sengkuang saiz sederhana (sagatkan)
-1 ulas bawang besar
-Minyak masak
-Garam
-Gula
-Sedikit black papper
-sedikit air untuk gam kulit popia
-bawang goreng
Cara masakkan inti:
-tumiskan bawang besar sebentar
-masukkan sayur campur, sengkuang dan carrot
-masukkan sedikit balckpaper bagi ada rasa pedas sikit serta gula dan garam secukup rasa ya
-masak bagi sebati dan layu.
-dah masak, matikan api haaa dah siap inti sayur kita
Cara menggulung popia special kita tu:
1) hamparkan kulit popia anda
2) letakkan sayur dibahagian bucu kulit popia,
3) letakkan 1hirisan crabstick di atas sayur tadi
4) taburkan bawang goreng sedikit
5) sedia untuk gulung dengan canti popia korang tu
6)dihujung sekali letakkan sedikit air bagi gamkan kulit popia agar cantik dan kemas popia kita tu.
7) siap dah. boleh la goreng dan hidangkan.
kalau buat banyak-banyak macam ni boleh la simpan sedikit yang selebihnya tu dalam peti ais buat frozen. kang uolls lapar lagi, amik dari peti ais, terus boleh goreng. simple kan? kang ada sedara datang ke senang boleh kuarkan je dari peti. jimat masa korang nak buat itu ini kat dapur tu.
uolls cuba lah. jangan lupa dah goreng cicah dengan sos, bagi kasi lagi umphh...stok popia dah nak abis, nanti kalau rajin nak pergi beli bahan-bahan nak buat lagi untuk family tercinta. mak boleh rehat sebab anak mak tengah rajin nak buat kuih muih mihmihmihh
Selamat mencuba okay!!
D

No comments:
Post a Comment