Assalamualaikum,
Hi semua.. ini resepi kedua ye untuk hari ni. kita nak buat Juice Carrot Susu.
Ini semalam la ni kitorang buat lepas pergi giant dekat dengan rumah D. Kitorang pegi Giant semata-mata nak beli carrot saja. Masa nak bayar pelik la juga banyak pula ye barang nak kena bayar hahaha.. 90% barang yang kitorang beli adalah bahan makanan. memang pantang pergi Giant tak beli jajan and bahan nak memasak.
Adik D punya idea la ni, Aicha. Mata dia makin rabun katanya and direcommend supaya pakai speck mata. tapi belum lagi buat, so dia cadang nak minum jus carrot mulai sekarang sebab seperti yang kita sedia maklum, carrot ni baik untuk mencerahkan mata.
Bahan-bahan untuk sejug jus ye:
-5 Carrot (lagi banyak lagi rasa carrot dia, lagi best)
-Setengah cawan susu segar (tak letak pun xpe. kalau banyak sangat nanti bau susu yang lebih)
-Susu pekat
-Air dan ais batu
Cara membuatnya adalah:
-Blendkan carrot sampai hancus. ambil jus dan buangkan hampasnya
-Masukkan jus kedalam jug
-Selepas itu masukkan susu segar setengah cawan
-Masukkan susu pekat sikit-sikit, rasa and ulang sampai dapat rasa and manis yang anda suka
-Masukkan air masak segelas serta ais batu
-Sedia dihidangkan
Nak buat jus carrot pun nak kongsi kan? hahaha biar la... mana tahu ada yang tak tahu hihihi...
D

No comments:
Post a Comment