click me!

Wednesday, 17 December 2014

sukasuki travel: Welcome to Kedah again, buddies (Part 4-last)

Assalamualaikum,

We continue from INIINI dan INI ye kengkawan semua. siapa belum baca, pergi baca yang tu dulu hihii.. kita masuk second day and last day diorang kat Kedah ye.

Second day...
Kitorang semua bersiap pergi kenduri rumah Ain di Sungai Petani. Kitorang pergi dengan family D sebab D tak tahu jalan nak ke rumah Ain and agak jauh jugak dari Alor Setar ni.Pengantin lawa dan majlis dia meriah dengan tetamu yang datang. Lepas kenduri terus balik Alor Setar, tak singgah mana-mana pon sebab takut tak sempat nak berjalan dekat Alor Setar petang tu, esoknya diorang dah nak balik tengah hari.Ingatkan kalau kitorang sempat nak juga singgah Tanjung Dawai alang-alang dekat sangat dah dengan rumah Ain. Tapi tak apalah.

Kitorang sampai Alor Setar awal.. makanya kami terus bersiap tukar baju untuk keluar lepas berehat sekejap dirumah. Semangat kan nak jalan? haaa haruslah. Bukan selalu diorang datang Alor Setar Kedah ni. alang-alang tu biar penat, penat yang berbaloii.. ye tak hee

Petang tu D bawa diorang pergi sini...

Menara Alor Setar (ehsan google)
Kemain seronok kitorang dapat naik menara ni. Bukan selalu naik kan.. untuk pengetahuan korang, Menara Alor Setar ini antara salah satu menara telekomunikasi yang tertinggi di Malaysia dan juga di dunia dengan ketinggian 165.5 meter. tempat kitorang berdiri di observation deck adalah setinggi 88 meter. Haa.. dalam banyak-banyak tempat yang kitorang pergi melawat, naik menara ni yang paling mahal. terdapat juga restaurant berputar atas tu.
Fees naik Menara Alor Setar (gambar ehsan google)
Hari pun makin petang, D bawa diorang pergi lepak di Taman Jubli Emas merupakan kawasan rekreasi yang terletak di Jalan Suka Menanti. Ada Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan 50 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim. Kolam ikan juga ada di tengah-tengah taman. Ramai orang datang pada waktu petang sebab macam-macam aktiviti belia ada dijalankan disini.

Sebelum maghrib, kitorang singgah makan di Restauran Kuey Teow Iman yang terletak di Jalan Sultanah. Memang sedap lah pekena kuey teow goreng dekat situ. Nanti korang datang Kedah, cuba la makan sini. Lepas tu terus shoot balik rumah kekenyangan and berehat. 

Third day.. last day diorang di Kedah.

Pagi tu, kitorang bersiap awal sebab bus Trex untuk balik Kelantan kalau tak silap pukul 10pagi. Manakala Bus Q dan kawan dia pukul 12.30tengah hari. tengok jam sempat lagi nak bawa diorang berdua ni ke Muzium Negeri Kedah. apa lagi, lepas hantar Trex naik bus, Terus kitorang ke muzium. Trex, lain kali Trex datang okay? D bawa Trex pergi muzium heee...

Muzium Alor Setar (ehsan google)
Tak ramai orang, macam tak ada orang langsung yang datang melawat time kitorang pergi tu.. maybe sebab awal sangat muzium pun baru buka pukul 10 tu rasanya. hahaha.. lama kelamaan nampak la pelawat lain datang. 

Macam-macam benda dipamerkan didalam tu antaranya adat budaya yang ada di negeri Kedah, senjata lama, artifak, naskah-naskah lama.. macam-macam lah. ada juga petro sains di bahagian bawah dan kita boleh cuba game yang ada di situ.  korang kena datang sini kalau ke Kedah tau. Masuk pun percuma. Dalam sejam camtu jugak la kitorang di muzium tu. 

Lepas tu D bawa diorang pergi makan bihun sup dekat area City Plaza sorang semangkuk untuk alas perut diorang naik bus nanti. Dekat pukul 12tengah hari, baru kitorang bergerak ke stesen bus. Nasib baik dekat je nak pergi mana-mana melawat dalam Alor Setar ni. Dekat pukul 12.30pm, bus diorang pon datang dan tidak lama lepas tu bus pon bertolak menuju ke Kuala Lumpur. 

Thank you korang.. datang lagi melawat negeri jelapang padi ni okay. hehe

Rata-rata semua muzium tak dikenakan bayaran di Kedah ni kalau nak masuk. Kalau Muzium Padi kena bayar, tapi tak mahal pun cuma RM3 untuk dewasa. Menara pula RM8. Yang lain semua tak payah bayar sebab free.. seronok tau berjalan di Kedah ni. korang kena fikir penginapan, makan minum dan duit minyak je kalau datang sendiri.  haaa... kalau nak lagi jimat tidur dalam kereta je. hahah. Makan minum kat Kedah ni murah sajo tau. 

Sampai disini saja untuk segmen sukasuki travel kali ini. seronok jadi special tour guide untuk sahabat-sahabat D ni.  Apa lagi, cuti sekolah pun belum habis, MAI KEDAH MAI!!!!


D


2 comments:

  1. singgah sini, tak pernah lagi makan angin ke kedah darul aman ni ,nice sharing miss ila DN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anajingga: semoga perkongsian ini dpt bg sedikit sebanyak ilham ke kdh nt .. terima kasih singgah =)

      Delete