click me!

Tuesday, 16 December 2014

sukasuki masak: Pizza Homemade Mashup Delicious and Simple

Assalamualaikum,

Panjang bebenornye nama resepi pon. haha.. bantai je letak nama tu bagi nampak betl-betul sedap. haa serius sedap kot. Kali ni kita beralih kejap kepada masak memasak. Lama D tak update resepi ye dekat blog. Hari ni diri ni rasa rajin nak buat breakfast pizza untuk family, nasib baik Aicha, adik D rajin nak tolong juga.. mudah kerja I and baru syok buat sama-sama.hihii..

Nasib baik diorang suka and cakap sedap (kembang kejap muahahaha) dan yang penting sangat mengeyangkan serta mudah nak buat. Budak-budak pon boleh buat tau tapi kena pengawasan orang dewasalah. Bagi puan-puan, cik-cik, encik-encik mahu pun abang-abang pon yang boring taktahu nak masak breakfast apa, jom try buat pizza ni. ajak anak-anak tolong sekali baru best.yang bujang tu, paksa adik beradik korang and sesapa yang dalam rumah tu tolong. kihkih nanti diorang juga nak makan kan. haha.

Okay dah. resepi mana resepi?

ni dia...
qdsukasuki.blogspot.com

Sukatan bahan berdasarkan sepuluh keping roti gardenia yang D buat ye. Bahan-bahannya adalah: 
-10 keping roti gardenia 
-Sekeping daging burger (goreng tanpa minyak atas pan,angkat dan hancur kan)
-2 batang sosej (potong bulat-bulat, goreng dan angkat)
-4 batang filet ketam (goreng,angkat dan potong bulat ye)
-Sos secukupnya, korang ejas la bagi rasa sedap tekak korang ye. 
(ini untuk sos: campurkan 1 sudu besar sos prego, 1 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar sos cili)
- 4 keping cheesedale or keju (hiris cheesedale tu nipis or lebar, tak hiris pon tak pa)
-Mayonis 

qdsukasuki.blogspot.com

Cara membuat pula.. 
-Panaskan oven 150 darjah celcius
-Susun roti 
-Calitkan sos semahu anda
-Taburkan daging hancur 
-Susun sosej dan filet ketam ikut bentuk yang anda suka
- Letak kepingan hirisan cheesedale macam dalam gambar di atas ni. tak pon korang tabur ikut suka korang
-Letak mayonis sebanyak yang anda suka
-Masukkan ke dalam oven dalam 10-15 minit or sampai cheesedale tu dah cair
-Angkat, hidang serta boleh la makan hihii..

qdsukasuki.blogspot.com

Haa.. inilah rupanya apabila sudah siap... Mudahkan? Nampak sedap kan??  nyummehhh okay.... breakfast boleh, dinner boleh, sebagai bekal masa nak jalan-jalan makan angin pon boleh... hihi...kalau makan panaspanas lagi sedap uollss. selamat mencuba okay.

D

No comments:

Post a Comment